Monday, November 30, 2009

Kalaulah kau ada

12 share their stories
Aku memang bodoh dalam menyembunyikan kesedihan. Aku jahil dalam mengawal perasaan. Mudah saja, air mata aku bergenang walau hakikatnya aku cuba tahan ia dari mengalir. Sampai saat aku menaip dan meluahkan melalui entry ini pun, mata aku sudah mula berkaca. Mungkin orang selalu tertanya-tanya. Apa besar sangat ke masalah dan kesedihan yang sedang aku alami sekarang ni? Sedangkan pada luaran aku boleh nampak tenang dan bahagia? Entahlah, aku pun belum mampu untuk menjawab apatah lagi untuk menerangkan satu persatu. Apa sebenarnya permasalahn jiwa yang sedang aku alami dan hadapi sekarang ni.

Sebab tu aku selalu perlukan kau untuk mendengar aku bercerita. Sebab tu aku mahukan kau datang dan dengar setiap patah yang ingin aku kata. Kalaulah kau ada, mungkin aku tidak akan luahkan lagi kata-kata dengan bahasa jari ini. Kalau kau ada, tak perlulah aku tebalkan muka setebal 2 inci untuk cerita kan tentang keburukan diri di sini. Kalau lah kau wujud, boleh aku menangis sepuas nya dan luahkan segalanya pada kau. Dan seterusnya tak perlu lah aku terus bukukan semuanya dalam hati yang semakin lama, makin makan hati aku sendiri.

Tapi itu semua kalau kau ada. Dan masalah paling besar aku ialah, kau tiada, kau tak pernah ada dan kemungkinan besar kau tak mungkin ada. Walau mungkin aku merayu pada kau supaya hadir dan tunjukkan diri sekalipun, kau takkan datang bersemuka. Aku tak tahu apa sebab dan punca. Aku benci mencari segala sebab yang reasonable yang buat kau taknak datang dan takkan datang. Sebab aku belum mampu untuk menilai apa yang kau sedang rasa dan fikirkan tentang aku. Sebab mungkin kau fikir aku ni seorang yang sangat menyusahkan, yang sukar untuk kau fahami.

Tapi, apapun yang ada dalam fikiran kau saat ini, aku mohon supaya kau jangan butakan mata dan hati kau untuk melihat dan menilai aku dengan penilaian yang sebaiknya. Sebab aku juga layak untuk dinilai. Supaya kau kaji semula samada keperluan aku kepada kau adakah benar-benar wajar atau tidak. Dan supaya kau lihat semula keperluan aku dalam hidup kau. Sebab aku benar perlukan kau, supaya blog dan entry-entry selepas ini, tidak lagi menjadi mangsa luahan rasa dan kesedihan aku. Walau mungkin orang memuji keikhlasan aku dalam penulisan, tapi aku benci. Aku benci untuk bercerita kelemahan dan kesedihan yang aku ada. Sebab aku ingin menjadi lebih baik dan sempurna. Walau mungkin itu satu perkara yang mustahil untuk aku capai dan gapai. Tapi sebolehnya, aku ingin sorokkan apa yang aku rasa. Aku mahu tampil kuat dan hebat dimata semua.

Walau mungkin tidak terbaik dan tidak sempurna, asal kau pandang aku agar kau berikan ruang untuk aku isi dan duduk walau untuk sesaat dua. Walau mungkin hanya untuk sementara, asal kau sudi untuk singgah dalam hidup aku dan mendengar setiap apa yang aku ingin sampaikan dan luahkan. Agar ringan sedikit beban yang aku tanggung, walau mungkin tak seberat mana. Sebab pangkalnya, aku sangat perlukan kau.

Saturday, November 28, 2009

Belum Rezeki

34 share their stories
I terima semua ni dengan hati yang sangat redha. Walau mungkin jauh di sudut hati, I cuba menahan tangisan, I cuba untuk kekalkan air mata terus bergenang, I elakkan ia dari mengalir. I taknak tunjukkan kesedihan dan kepedihan ini kepada sesiapa pun. Sebab I memandang ia sebagai salah satu persinggahan dalam kehidupan. Mungkin kali ni belum lagi rezeki I untuk dapatkan apa yang I nak, dan untuk genggam apa yang I dah usahakan. Tuhan lebih mengetahui.

Mungkin semua tahu, I ulang alik Kedah-Shah Alam, untuk latihan Royal Debate but unfortunately I can't go to UM as a participant. I pergi hanya sebagai observer. I sangat redha, and I really meant it walau sebenarnya I sedikit kecewa. I memang macam ni. Walau pada mulanya I tak letakkan high expectation pada Royal, tapi bila tak dapat tu sedikit sebanyak pengaruhi mood I lately. Biarlah, mungkin bukan kali ni. I cuba untuk pujuk diri sendiri. Compared to Que, I bukan seorang yang sangat tabah dan sabar untuk tempuhi semua ni. Mungkin orang lain tengok as a small matter but as for me, debate is my passion forever. I sayang nak tinggal kan debate walau mungkin harapan untuk I menjadi 'seseorang' dalam dunia debat adalah satu perkara yang sangat jauh. But who knows? Mungkin harapan tu, akan tiba tapi lambat. Takpe, I sanggup tunggu dan keep on trying in debate.

Kadang-kadang I jealous dengan Que, sebab boleh nampak tenang dan cool gila even kitorang sama-sama tak dapat pergi Royal sebagai peserta team junior. Mungkin cara penerimaan dia berbeza dengan I. Yea, walaupun Que and I je dua kuntum bunga dalam dunia perdebatan ni (I mean, for our batch in UiTM seluruh Malaysia) tapi dah cukup untuk orang nilai perbezaan yang sangat ketara. Sebab dua orang lah, orang selalu membandingkan. Walau hakikatnya, Que dan I ingin sama-sama bangun dan berjaya. Mungkin Que dilihat sebagai seorang yang lebih mampu mengawal emosi berbanding I. Tapi I punya cara tersendiri.

I memandang Royal sebagai satu platform untuk terus kekal dalam dunia debat. Tapi mungkin kali ni bukan rezeki untuk I. InsyaAllah, I akan usaha lagi for the future debate. Please pray for me okay. I'm going to UiTM Shah Alam tomorrow for the Royal training. And going to Melaka on 8th, for VC Cup. I nak makan jap, okay. Bye.

Friday, November 27, 2009

Nur Kasih

17 share their stories
Hari ni Hari Raya Korban. Seperti biasa, sembahyang raya selalunya disini. Oh, I mean di PJ. Tapi I tak pergi pun sembahyang Raya. Sebab mata tak boleh bukak, ngantuk yang teramat sangat. Mungkin sebab semalam tidur 30minutes je dalam bas. (Okay, this is my typical reason.) So, dalam pukul 10.30 pagi baru mata boleh celik. Itu pun lepas adik I dah menjerit-jerit suruh bangun. Then, seperti biasa went to Mak Long's house. Then, pergi ke Tampin. And it was an unplanned. Seperti biasa, takkan bermalam di Tampin, dan gerak balik ke rumah jam 7.30 petang. I suruh ayah pecut kereta selaju yang mungkin untuk kejar Nur Kasih last episode jam 9. Okay, ni tipu. Tak suruh pun ayah bawak laju tapi bangun-bangun, pukul 8.45 ehhhh, dah sampai Persimpangan Kajang. Gila kencang ayah I bawak. 1 jam 30 minutes sahaja from Tampin ke PJ. It supposedly be 2 hours.

Okay, sebenarnya nak cerita pasal Nur Kasih. Sebab tu title pun 'Nur Kasih'. Well, rasanya semua tahu yang tadi last episode for Nur Kasih and I am very thankful to have a chance to watch it. Nampak macam obses yang melampau tapi macam tak kisah lah sebab hero si Remy Ishak sangat Hot dan gagah perkasa. Sehingga mampu mencairkan hati I macam ais dengan air milo panas dalam plastic yang I beli kat foodcourt masa on the way ke kelas hari tu. I tahu ramai yang cakap Remy Ishak tak lah hensem mana but still Remy is one of my taste as I sangat obses dengan lelaki-lelaki messy seperti you, Abang Remy. Okay, geli.

Well, I bagi drama Nur Kasih 5 stars over 5. Sebab I sangat suka dan seronok dan sangat obses setiap kali hari khamis. Dan automatically dialog I kepada si Ceplos.

"Homaigod, homaigod. Esok Jumaat! Ada Nur Kasih!"
"Heh, tolonglah. Baru khamis. Tolong jangan jadi gila macam Sarah boleh tak?"

WTH, I obses okay dengan Nur Kasih. Dan tahniah kepada Khabir Bahtia sebab berjaya buat I dipanggil gila oleh adik beradik, sebab sumpah I jarang gila tengok tv. But then bila I first time tengok Nur Kasih masa episode 21, sumpah I melekat dan terus carik cerita tu dalam Internet dan I jumpa. Okay, nak promote. Sila tengok from the first episode bagi sesiapa yang dah terlepas, kat watchnurkasih.blogspot.com Guna Google Chrome tak boleh nak tekan shortcut untuk link.

So, I nak bagi 5 stars jugak kat Tiz Zaqyah sebab sumpah you pandai berlakon. Sila berlakon dengan lebih kerap lagi after this. And sumpah I jealous, you dapat peluk-peluk Remy dalam Nur Kasih. Haha. Okay, I rasa post ni dah cukup menunjukkan I obses dengan Nur Kasih and Remy Ishak absolutely. Encik Khabir Bahtia, tolong buat season 2 please. Okay, dah. Bye.

Nothing Special.

11 share their stories
I am arrived home just now from Kedah. A big tired but still I boleh online untuk update this lovely blog. Well, esok Raya Haji but I feel like nothing. Macam takde apa-apa yang special untuk Raya Haji. Mungkin sebab tak semeriah Raya Syawal. Dan mungkin juga sebab tak se-excited masa nak sambut Syawal. Maklumlah kali ni takde pun puasa sebulan sebelum Raya. Memang macam tu, Raya Haji selalunya jadi Raya yang kurang meriah compared to Raya Syawal. Walaupun sebenarnya it should be vice versa. Tapi lantak lah, nak buat macam mana. Ni semua tentang perception orang kita.

And as for me, nothing different. Sebab kedua-duanya sama. Sambut atau tidak, I am still all alone. I jarang dapat beraya dengan orang tersayang disisi. Bukan sebab kampung jauh or rumah jauh atau pun sebab lain agama yang menyebabkan kami jarang beraya bersama. Tapi sebab dia takde, dia dah pergi. Dia dah hilang dari hidup I, tapi bukan hilang dari hati I. I jarang dapat beraya dengan senyuman penuh di muka. Mungkin orang akan kata I happy. Ye, I happy sebab setiap kali Raya I boleh jumpa all the cute cousins. Tapi itu bila bersama cousins. Bila diorang dah takde, dah balik, I rasa seperti kehilangan. I rasa sunyi. But it's okay sebab I tahu inilah kehidupan.

At least I tak selalu rasa gembira. Takut kalau tiba-tiba rasa sedih, I tak boleh nak handle. Atau mungkin kalau tiba-tiba bahagia tu hilang sekelip mata, I jadi separuh gila. Itu mungkin hikmah besar yang tersembunyi. Sebab tu Tuhan takkan berikan kita kebahagiaan yang macam dalam cerita-cerita fairy tale. Sebab Tuhan taknak, bila kesedihan yang sikit datang pada kita, kita akan mudah melenting. Walhal, orang lain melalui kesedihan yang lebih besar, yang lebih dasyat. Jadi, I masih mampu bersyukur walau pun hari-hari akan ada air mata yang bergenang. Tapi I bersyukur sebab sekurang-kurangnya, air mata I belum kering dan belum puas untuk keluar.

So, erti pengorbanan kali ni mungkin I sandarkan pada pengorbanan dalam kehidupan. Kita selalu kata yang kita sanggup berkorban apa saja untuk orang yang kita sayang. Tapi selalunya apa yang kita ucap takkan kita mampu lakukan. Sebab pengorbanan yang kita buat, biasanya akan jadi dengan sendirinya tanpa perlu kita minta atau ucap dengan kata-kata. Bukan kah dengan berkorban perasaan untuk orang yang kita sayang satu pengorbanan yang cukup besar? I yakin ia sangat besar. Sebab I hanya manusia biasa yang tak mampu untuk korbankan segala-galanya.

p/s; Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua. :)

Thursday, November 26, 2009

Kau Pergilah

27 share their stories
Kalau betul kau tak nak, kau boleh pergi. Aku tak suka memaksa sebab aku benci dipaksa. Kalau kau memang tak sudi, tolong jangan datang lagi. Sebab aku bukan bodoh untuk pejam mata dan buat-buat tak nampak apa yang sedang berlaku. Aku bukan macam dulu, yang senang nak percaya walau kau tipu depan mata aku. Walau kau cakap kau tipu, aku masih nak percaya. Aku dah lain. Bukan berubah, tapi lain. Sebab aku bukan macam dulu. Sebab kau yang buat aku nak jadi lain.

Dan bila kau datang kali ni, memang buat aku tutup pintu hati aku. Jadi, baik kau pergi. Dan tolong jangan datang lagi. Sebab aku benci. Aku benci bila aku dah mula sayang kau tapi sebenarnya kau datang bukan untuk menyayangi. Aku benci bila aku mula berharap pada kau tapi kau dah mula hilangkan diri. Jadi, lebih baik kau pergi. Sebab bila kau ada depan mata aku, makin sakit hati dan perasaan aku. Dan kalau kau pergi, tolong bawak bersama perasaan dan hati aku yang dah kau sakiti. Sebab aku dah tak nak kau tinggalkan walau sekecil kuman pun serpihan kau dalam hidup aku. Aku nak kau pergi jauh, bawak semua benda yang kau rasa milik kau. Kau pergilah. Tolonglah.


Wednesday, November 25, 2009

Aku masih perempuan

22 share their stories
Mungkin pada luarannya orang nampak dan nilai aku jauh dari ciri-ciri wanita idaman setiap lelaki yang memandang. Yea, aku tak cantik dan aku bukanlah seperti wanita-wanita cantik yang setiap kali gelak, mesti sopan gila dan kena tahan suara walau pada hakikatnya nak gelak bagi pecah dunia. Aku bukannya jenis macam perempuan-perempuan sopan yang jalannya teratur dan tak tinggi kan suara bila bercakap. Atau mungkin yang tak terlalu bersosial dengan lelaki-lelaki dan berloyar buruk masa makan dan banyak lagi. Aku bukan perempuan seperti itu.

Tapi dalam keadaan aku boleh bergelak ketawa dan bertepuk tampar dengan kawan-kawan lelaki, bukan bermakna tidak ada langsung ciri perempuan yang lembut pada aku. Kali ni, aku betul mengaku. Aku masih punya ciri feminine yang diidamkan semua perempuan. Aku masih ada ciri wanita yang mudah terguris hati dan perasaan kalau ada perkara yang tak menyenangkan. Aku mungkin kebal pada kata-kata, tapi sedikit sebanyak apa yang kau cakap dan kau lakukan, sangat-sangat mengguris perasaan aku. Aku bukan bercakap tentang seorang dua, aku bercakap mengenai semua.

Adakah kau lihat aku sebagai seorang perempuan yang boleh kau nak cakap apa saja yang kau suka dan buat apa saja yang kau nak? Atau mungkin kau pandang aku sebagai seorang perempuan yang tak pernah nak ambil hati atau terasa hati walau apa yang keluar dari mulut kau? Aku betulkan, sebab aku bukan macam tu. Kau tahu macam mana aku handle perasaan bila aku terasa sangat-sangat dengan apa yang kau cakap dan kau buat? Susah. Sebab aku taknak lelaki memandang perempuan terlalu lemah, sebab tu aku cuba menjadi bagaimana aku yang sekarang ini. Sebab aku dah puas nak tunjukkan kesedihan aku setiap kali aku terasa dengan apa yang kau, wahai lelaki-lelaki dah buat dan cakap.

Kau kena faham, walau mungkin kau rasa kita sekepala dan mungkin kau rasa aku boleh diajak ketawa terbahak-bahak, kau still kena ingat, aku tetap perempuan dan kau tetap lelaki dan kita tetap berbeza untuk selamanya. Kau kena faham yang aku tetap punya perasaan just like the other typical woman. Walaupun mungkin aku extra-ordinary di pandangan kau sebab aku bukan jenis yang sopan santun dan menjaga setiap perilaku yang aku lakukan. Aku masih perempuan yang kau kena jaga hati dan perasaan aku macam kau jaga hati GF kau. Sebab aku perempuan, sama macam dia. Walau mungkin aku bukan se-special dia tapi kau tetap ada tanggungjawab untuk jaga hati dan perasaan aku.

Senang kata, aku memang terasa dengan apa yang kau dah buat dan cakap. Walau mungkin pada mula nya aku macam tak ambil kisah dan tak ambil pusing tentang apa yang kau dah buat tapi betul, aku masih perempuan yang hati aku sama macam perempuan-perempuan yang lain. Kuat di luar tak bermakna aku kuat di dalam. Jangan kau nilai aku berdasarkan dengan apa yang aku tunjuk dan zahirkan setiap hari, sebab walau aku tomboy atau pengkid sekalipun, hati aku tetap kepunyaan seorang wanita. Yang tak mahu terguris dan terkecewa dengan tindakan-tindakan yang kau rasa kan kosong tapi penuh makna bagi aku. Okay, dah. Bye.

p/s; I am going back to KL this Thursday untuk Raya Haji. Sangat lambat and I dah start homesick.

p/ss; Aku masih ada seseorang yang sudi mendengar cerita-cerita bodoh aku.

p/sss; Click lah nuffnang. Kalau tak aku koyak ticket bas kau.


Monday, November 23, 2009

Don't talk about other people.

24 share their stories
I prefer to talk about my self in front of people instead of others, because I won't other people talk about me at back. I don't want to talk about the others. But this is what I see in this blogging world. When people attract readers with the entry that saying about somebody else and I think it is not good at all. I even don't like it, because it's bad. That's why I uploaded all these photos for this entry, because I want to tell you, that I love to write about my self. I love to write about my life.

And I want to beg you people, please don't talk about the others if you don't want they talk about you. And please just remind your self. What goes around, comes around and that is the promise. Someday, you will found that the people that you talk bad about is great better than you. Because we're human. And we're the same, unless you don't have your own kindness, then you can do what you want to do. But still you will got the same to what you have done.

I just came back from the Induction held by Part 3 of Pre-lawrians. And I think it worst. I hate it, and I don't like the way it goes. Because I think we need changes, we need to improve our selves. Because we're in a small community in here and we need to be unite. Am I too honest? I'm sorry senior. :)

Okay, I nak cerita about my self. I dah ada BF! Percaya lahhhhhhh. Okay, tak. I tipu. I dah ada GF sebenarnya. Nama dia Fatin Syuhada. Baru je declare tadi. Oh, I kan Lesbian. Dah lah, malas nak type plus nak buat homework. Bye.



Kat atas, semua stock muka suci, jiwa murni. I kan dah baik. :)

Sunday, November 22, 2009

I tak nak bagi alasan

14 share their stories
Semester kedua ni memang banyak menguji kesabaran I sebenarnya. Dari perkara yang sekecil semut, sampai lah sebesar perut Achenk. Semuanya dah jadi macam bebanan sekarang ni. Tapi I malas nak mengeluh panjang, sebab nanti orang kata, baru start kerja dah membebel. So, I diam kan je. Walaupun hakikatnya I betul penat. Sampai orang sekeliling pun perasan dan tegur kesibukan I ni. Tapi I tak nak jadikan kesibukan ni sebagai 1 alasan kalau apa-apa jadi in future.

I baru je sampai dari UiTM Shah Alam pagi tadi. Jam 6 pagi. I pergi pun sebab ada latihan Royal Debate. Rasa sayang untuk lepaskan peluang-peluang yang jarang datang dalam kehidupan I. So, we decided to go. Memang penat, sumpah sangat penat. Tapi I rasa puas dan bangga sebab masih lagi boleh bertahan walaupun kena ulang alik Kedah-Shah Alam, and even untuk apa-apa latihan debat after this. Cuma, bila kepenatan dan kesibukan ni datang serentak, memang selalu buat I terfikir tentang pengorbanan-pengorbanan yang kononnya I dah buat. Dan hati I mula berfikir untuk berkira dengan setiap apa yang I dah korbankan. Tapi I cuba jauhkan diri dari sikap itu, sebab I tak nak jadikan perkara yang I sanggup buat pada mulanya, sebagai alasan kononnya I dah sacrifice banyak benda.

Sepanjang latihan, kat Dungun, Shah Alam or even while informal meeting in Kedah sekalipun, banyak perkara yang I dah pelajari. Tentang apa itu kesetiaan dalam persahabatan, tolong-menolong, menjadi pendengar yang setia dan mampu bagi respon yang baik, belajar untuk menerima kritikan dengan memandang pada sudut yang positif. Menerima keburukan diri dengan azam untuk cuba buang ia jauh-jauh. Semua itu sangat mengajar dan memberi kekuatan pada I.

Cuma, apa yang betul mengganggu fikiran I sejak dua menjak ini, I suka untuk berfikir tentang diri sendiri berbanding dengan orang yang ada disekeliling. Bukan cuba untuk jadi selfish atau kejam. But somehow, I need to think about myself instead of thinking somebody else. I have to put myself at first level in my heart and in my mind before I put the other. Sebab, kalau boleh I taknak jadi terlalu baik dengan orang, yang akhirnya mungkin I akan jadikan kebaikan itu sebagai alasan untuk I dapatkan sesuatu. I nak express that kindness dengan sendiri tanpa rasa ia perlukan balasan. Sebab I tak nak bagi alasan.

p/s; I will rarely update this blog for this couple of month because I'm busy with the Debate selection and training. Haaa, tengok. I dah jadikan ia alasan. Tsk.
p/ss; But still I akan update kalau I ada masa okayy. Pls click the nuffnang. Macam dah lama tak bergerak $$ I. :)
 

rda's Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template